Wed03292017

LAST_UPDATEWed, 29 Mar 2017 11am

Majlis Peguam Malaysia Kekalkan Hidangan Arak

MAJLIS Peguam Malaysia mengundi untuk mengekalkan hidangan arak dalam setiap majlis mereka, sekali gus menolak usul larangan alkohol yang dicadangkan Mohd Amir Sharil Bahari Md Noor.

Usul yang dibahaskan Amir pada mesyarat am tahunan badan itu ditolak dengan 588 undi menentang, sembilan memihak manakala 16 berkecuali daripada mengundi.

Menurut peguam Haniff Khatri Abdulla, beliau dan ahli-ahli yang lain bersetuju untuk mengekalkan hidangan arak di mana ia merupakan perkara kebiasaan sewaktu acara tarian dan makan malam.

“Saya berkata, Islam tidak melarang umat Islam daripada berkomunikasi bergaul, dan berbincang dengan orang bukan Islam.

“Sebaliknya, Islam melarang perbuatan memaksa nilai-nilai Islam ke atas mereka yang beragama lain,” katanya yang memetik laporan portal Free Malaysian Today.

“Atas dasar itu, minum arak dilarang kepada umat Islam, ia adalah haram kepada orang Islam tetapi ia tidak haram untuk bukan Islam. Bagi saya, usul itu tidak Islamik,” tambahnya.

Terdahulu, Amir berkata, menghidangkan ‘beer’ dan ‘liquor’ pada sesuatu majlis badan itu akan meningkatkan perbelanjaan tidak perlu sehingga 40 peratus.

Malah, penggunaan alkohol dalam setiap majlis juga akan menjadikan ahli-ahli yang beragama Islam tidak selesa.

Ahli Majlis Peguam terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama, dan pengunaan alkohol sedia dilarang hampir semua agama.

- mynewshub.cc