Fri03242017

LAST_UPDATEFri, 24 Mar 2017 10am

Pas Punca Pembangkang Berpecah

PAS didakwa menjadi punca parti-parti pembangkang berpecah sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru pada PRU akan datang.

"Pas telah memecah-belahkan gabungan parti pembangkang. Pada PRU akan datang, parti-parti pembangkang sudah tentu tidak dapat mengelakkan daripada menghadapi pertandingan dengan lebih sukar," kata Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook kepada China Press.

"Bermula selepas Pakatan Rakyat dibubarkan, Pas kemudian mengadakan hubungan baik dengan Umno dan terkini ingin membina blok politik ketiga. Ini akan menyebabkan pembangkang terus berpecah.

"Kami tiada pilihan lain kecuali perlu memantapkan Pakatan Harapan dan merancang strategik bagaimana menghadapi pertandingan membabitkan banyak penjuru," kata Siew Fook.

Menurut beliau, Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR dan sekiranya Pas tetap berkeras mahu berebut kerusi dengan Pakatan Harapan, situasi 'satu lawan satu dengan BN' mustahil boleh menjadi kenyataan.

"Bagaimana pun, pertandingan banyak penjuru tidak dapat memberikan kemenangan seratus peratus kepada BN. Ini kerana Pas hanya mempunyai kekuatan di pantai timur.

"Kemenangan Pas di kawasan pantai barat pada PRU lalu adalah disebabkan kerjasama yang diberikan parti-parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

-Sinar Harian