Fri12152017

LAST_UPDATEThu, 14 Dec 2017 11pm

Malaysia Ditangga Ke-24 Ekonomi Paling Kompetitif Daripada 196 Negara Seluruh Dunia

Malaysia mengekalkan kedudukannya didalam kelompok 25 negara ekonomi paling kompetitif di dunia sungguhpun turun naik ekonomi global semenjak kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan polisi Amerika Syarikat dibawah Presiden barunya, Donald Trump.

Laporan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memetik Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan berpangkalan di Switzerland, Malaysia berada ditangga ke-24.

Sungguhpun kedudukan Malaysia merosot daripada tangga ke-19 tahun lalu, skor diperoleh negara meningkat kepada 83.53 daripada 83.05 tahun lalu.

Dalam pada itu, kedudukan Malaysia ditempat pertama mendapat perolehan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dibawah US$20,000 diambil alih oleh China dan Malaysia menyusul rapat.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussain berkata, didalam kategori berkenaan, ekonomi China berkembang dengan pantas sekali.

Tambahnya, bagi kategori penduduk lebih 20 juta, Malaysia berada dalam ranking ke-8 pada 2016 dalam kalangan 20 negara lain.

Berikut merupakan kedudukan dikeluarkan oleh WCY

1) Hong Kong (100.00)

2) Switzerland (99.66)

3) Singapura (99.49)

4) Amerika Syarikat (98.66)

5) Belanda (96.55)

6) Ireland (95.79)

7) Denmark (95.56)

8) Luxembourg (95.06)

9) Sweden (94.96)

10) UAE (94.08)

11) Norway (93.07)

12) Kanada (92.25)

13) Jerman (91.59)

14) Taiwan (90.48)

15) Finland (88.89)

16) New Zealand (88.67)

17) Qatar (88.10)

18) China (87.76)

19) United Kingdom (86.78)

20) Iceland (86.40)

21) Australia (85.25)

22) Israel (85.10)

23) Belgium (83.91)

24) Malaysia (83.53)

25) Austria (83.33)

Sementara di rantau Asia Pasifik, Malaysia di kedudukan ke-6 pada 2017 berbanding ke-7 tahun lepas, mendahului Jepun pada tempat ke-8, Thailand (ke-9) dan Korea Selatan (ke-10); dan kekal di tempat kedua di rantau ASEAN selepas Singapura.

Ujar Mohd Razali, pelbagai perkara berlaku di sekeliling Malaysia namun kerajaan tetap komited untuk mengekalkan momentum prestasi Malaysia dengan melakukan penambahbaikan persekitaran komuniti perniagaan.

“Kita yakin dalam laporan akan datang kita akan menyaksikan peningkatan dari segi ranking kita,” katanya dipetik Bernama.

Dari sudut ekonomi domestik juga menunjukkan pencapaian positif ekoran pendapatan rakyat Malaysia juga meningkat dengan kadar purata 6.3 peratus kepada RM2,463 pada 2016 berbanding RM2,312 tahun sebelumnya.

Pada 2016, kalangan pekerja yang menetap di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mencatat penengah dan purata gaji dan upah bulanan tertinggi iaitu masing-masing sebanyak RM3,250, RM2,500 dan RM2,362 berbanding enam tahun lepas (2010) sebanyak RM2,067, RM1,800 dan RM1,700, katanya.

"Semua sektor melibatkan pengeluaran mencatat kadar pertumbuhan memberangsangkan kecuali sektor perlombongan dan kuari yang meningkat 1.6 peratus berikutan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang lebih perlahan.

"Bagi aspek perbelanjaan, penggunaan akhir swasta dan pembentukan modal tetap kasar menjadi pemangkin utama bagi pertumbuhan itu," kata Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin.

- mD