Tue08222017

LAST_UPDATETue, 22 Aug 2017 7pm

TNB Komited Bantu Media Di Perak

IPOH, 19 Jun -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia membantu menjayakan setiap program yang dirancang oleh media Perak.

Pengurus Besar TNB Perak, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid berkata langkah itu merupakan kesinambungan kerjasama yang terjalin antara syarikat utiliti berkenaan dengan pelbagai agensi media di negeri ini.

"Selama ini media telah memberi bantuan yang baik khususnya dalam isu yang berkaitan dengan syarikat ini. Atas dasar itu, pihak kami terbuka untuk memberikan sokongan kepada agensi media Perak sama ada daripada segi peruntukan dana atau tajaan," katanya pada majlis berbuka puasa TNB bersama Media Perak di sini hari ini.

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) bagi pelaksanaan projek dan aktiviti sepanjang tahun ini.

Antara program terdekat yang dirancang selepas ini bersama media Perak adalah pertandingan boling.

-- BERNAMA