Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 12am

Ibu Dakwa Anak Cedera Ditumbuk Guru

PUTRAJAYA – Seorang ibu membuat laporan polis, mendakwa anaknya ditumbuk seorang guru Bahasa Inggeris hanya kerana tidak menjawab soalan dengan betul di sebuah sekolah di daerah ini, Rabu lalu.

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata, anaknya Adam Mikhael Mubashir, 9, mengalami gegaran otak, pening, loya dan sakit di bahagian belakang badan akibat hampir terjatuh selepas ditumbuk guru lelaki terbabit.

Menurutnya. kejadian disedari selepas mengambil anaknya pulang daripada sekolah petang, Rabu lalu.

Katanya, anaknya memberitahu dia ditumbuk di bahagian kepala hingga nyaris terjatuh ke lantai dan terkena bucu meja kelas selain dipaksa berdiri hingga tamat sesi subjek tersebut.

-Sinar Harian