Sat11182017

LAST_UPDATESat, 18 Nov 2017 10am

Kenyataan Tidak Konsisten: Tun M Dituduh Nyanyuk

KOTA BHARU - Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan nyanyuk kerana dilihat tidak konsisten dalam kenyataannya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bekas Perdana Menteri itu sanggup menggadaikan perjuangan politik orang Melayu selepas tidak lagi berada di bawah pucuk pimpinan Umno.

Menurutnya, jika sebelum ini Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu tetap mempertahankan perjuangannya dengan kenyataan tegas mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh jadi Perdana Menteri susulan salah laku.

“Namun apabila telah mengubah haluan, beliau (Mahathir) pula menyokong Anwar dan kenyataannya itu jelas begitu mengelirukan rakyat. Ini menunjukkan selama ini beliau telah membohongi rakyat selama 22 tahun memerintah sebagai pucuk pimpinan negara satu masa dahulu.

“Sepatutnya,Tun Mahathir perlu ‘istiqamah’ memandangkan hak menegakkan kebenaran orang Melayu bukan merupakan satu perjuangan bermusim dan kini nampaknya beliau sudah terkeluar dari landasan asal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kolej Poly Tech Mara, Kampus Kota Bharu (KPTMKB) di Lembah Sireh, di sini, hari ini.

-Sinar Harian