Fri12152017

LAST_UPDATEFri, 15 Dec 2017 5pm

Warga Emas Maut Basikal Dilanggar

KUANTAN - Seorang warga emas maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Bentong-Raub, Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor berkata, pada kejadian pukul 6.20 pagi itu, Chin Yok [email protected] Yook Yar, 80, yang menunggang basikal tua disahkan maut di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang beralamat di Rumah Orang Tua Batu Satu, Jalan Tras, Bentong parah pada bahagian kepala selain kaki kanannya hancur daripada paras lutut ke bawah.

"Mangsa dipercayai dari Kampung Kuala Repas hendak ke bandar Bentong sebelum dilanggar di simpang tiga jalan itu oleh kereta Proton Wira yang dalam perjalanan ke arah Raub dari bandar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Mansor menambah pemandu kereta itu telah melarikan diri selepas kejadian namun ditangkap pada pukul 10 pagi ini, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama