Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 9pm

Tahfiz Terbakar Tidak Penuhi Spesifikasi Keselamatan - Tengku Adnan

Foto: HMFoto: HM

PUSAT tahfiz yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

"Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal.

"Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di Kuala Lumpur, hari ini.

Kebakaran awal pagi itu meragut nyawa 23 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.

Noh berkata, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hampir 29 kes kebakaran melibatkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara.

"Kebanyakan (bangunan) tahfiz ini tidak mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha sekolah tahfiz harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa mengutamakan keselamatan para pelajar.

Beliau meminta pengusaha tahfiz agar mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihaknya untuk memastikan tahfiz yang beroperasi mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

- Bernama