Sat09232017

LAST_UPDATESat, 23 Sep 2017 9pm

Guru Pusat Tahfiz Maut Kebakaran Selepas Seminggu Bernikah

KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memilukan buat Noor Fatihah Osman, apabila suami yang baru dinikahinya minggu lepas pergi buat selamanya selepas maut dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Suaminya, Mohd. Amirul Nizam Sukarno, 25, adalah guru yang juga warden di pusat tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wartawan gagal mendapatkan respons daripada Noor Fatihah, 23, berhubung tragedi itu.

Beliau menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sementara itu, ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata, pemergian Allahyarham amat memberi kesan terhadap keluarganya.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan arwah. Pemergiannya amat kami rasai. Kali terakhir saya bertemu Amirul ketika majlis perkahwinannya di Kelantan minggu lepas," kata beliau.

- Bernama