Tue11212017

LAST_UPDATETue, 21 Nov 2017 12am

Pusat Tahfiz: Menteri Besar Kelantan Zahir Takziah

Datuk Ahmad Yakob.Datuk Ahmad Yakob.

KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Beliau turut melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu meminta anggota keluarga mangsa yang terlibat supaya bersabar.

"Sudah tentu berita ini sangat mendukacitakan seluruh keluarga mangsa yang terkorban. Bersabarlah dalam menerima segala musibah termasuk berita kematian yang tiada diduga kejadiannya.

"Kita doakan anak-anak pelajar tahfiz yang terkorban ditempatkan di sebaik-baik kedudukan dalam syurga Allah serta digolongkan bersama para syuhada dan solehin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.     

-- BERNAMA