Sat10212017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

DAP Diramal Hanya Pertahan Tiga Kerusi

KUANTAN - Pas meramal DAP hanya mampu mempertahankan tiga kerusi daripada tujuh kerusi Dun yang dikuasi parti itu di negeri Pahang pada PRU14.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan perkembangan situasi politik semasa termasuk hubungan Pas dengan DAP yang bukan lagi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya, apabila berlaku pepecahan dalam Pakatan Rakyat, pasti undi dalam parti DAP akan merosot.

"Apabila dah berpecah ini, kita menjangkakan DAP paling tinggi pun tiga kerusi kalau boleh bertahan.

"Kawasan lain akan hilang kerusi kerana DAP ada menang bawah 100, 1,000 lebih atau 2,000 majoriti undi sedanglan jumlah itu adalah pengundi Pas.

"Apabila pengundi Pas tidak undi DAP, mereka akan kehilangan kerusi," katanya pada sidang media bagi mengumumkan dua lagi tawaran dalam manifesto Pas untuk PRU14, di Permatang Badak di sini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andasura Rabu.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP menang di tujuh daripada 42 kerusi DUN di negeri ini iaitu Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang.

-NST