Wed03292017

LAST_UPDATEWed, 29 Mar 2017 2pm

Tauke Spa Urut Bersalin Tawar Khidmat Seks Untuk Suami

Zila (kanan) memberi arahan kepada Ani sebelum mengurut pelanggan di dalam bilik hotel. Pic: Metro AhadZila (kanan) memberi arahan kepada Ani sebelum mengurut pelanggan di dalam bilik hotel. Pic: Metro AhadKUALA LUMPUR: Spanya berlesen, manakala pelanggan pula kebanyakannya wanita yang mahu mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, menghilangkan sakit dan sengal badan atau bagi meredakan stres selepas penat bekerja.

Kalau ada pun pelanggan lelaki, kebanyakannya ditemani isteri atau saudara perempuan masing-masing bagi mengelak pandangan buruk masyarakat ketika berurut.

Imej ‘bersih’ spa milik wanita dikenali sebagai Zila yang berusia lewat 30-an ini menyebabkan premisnya di Kajang, dekat sini, sering dikunjungi pelanggan pelbagai peringkat umur.

Bagaimanapun, tanpa disedari kebanyakan pelanggan tetapnya, Zila turut menjadi orang tengah dengan menawarkan khidmat urutan berahi dan seks kepada lelaki.

Tawaran ‘urut istimewa’ itu biasanya dibuat kepada lelaki yang berada di ruang tamu spanya kerana menunggu isteri atau teman wanita mereka berurut.

Ketika si isteri diurut pekerjanya, Zila pula cuba menjerat si suami dengan khidmat urutan dan seks daripada tujuh pelajar kolej di bawah jagaannya.

Zila mendakwa hanya menjadi ejen atau lebih dikenali sebagai 'mummy' kepada gadis kolej terbabit dan menerima komisen bagi setiap langganan diperolehnya.

Bagaimanapun, lelaki hidung belang yang mahu mendapatkan khidmat urutan gadis kolej terbabit akan dibawa ke sebuah hotel bajet kira-kira dua kilometer dari spanya.

Dia mendakwa tidak membenarkan pelajar kolej terbabit mengurut di premisnya untuk menjaga reputasi spa berkenaan, terutama di kalangan pelanggan tetap.

Rata-rata gadis yang menawarkan khidmat itu bekerja separuh masa pada sebelah malam dan sebilangan mereka dikatakan baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kegiatan tidak bermoral ini dikesan selepas seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Razman, 30, mendedahkan perkara itu kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Razman berkata, dia mengenali Zila ketika membawa isterinya untuk mendapatkan rawatan selepas bersalin di spa milik wanita itu.

Katanya, ketika menunggu isterinya mendapatkan rawatan, Zila mendekatinya dan menawarkannya perkhidmatan seks daripada pelajar koleh, namun ia hanya diadakan secara 'outcall' (dibawa ke luar).

"Ibu ayam itu kata dia ada 'contact' dengan tujuh perempuan, semua masih 'fresh', budak kolej dan baru lepas sekolah. Namun, semua budak tu tak bekerja di spa (milik ibu ayam), dia orang buat di luar di hotel murah.

"Setiap pakej kena bayar RM200 sejam, termasuk sewa bilik hotel. Kalau nak urut saja, urut badan ke badan dan urut batin pun boleh, bayar RM150," katanya.

Bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai kegiatan wanita terbabit, wartawan Metro Ahad melakukan penyamaran dengan cuba menghubungi pemilik spa terbabit.

Ketika menghubunginya, Zila keberatan melakukan tawar-menawar dan asyik bertanya dari mana kami memperoleh nombor telefonnya.

Selepas memberitahu memperoleh nombor itu daripada Razman, dia kemudian menjelaskan mengenai perempuan yang ingin kami tempah.

"Akak terus terang dengan kamu. Kalau minta urut saja, dia orang tak pandai sangat. Setakat usap, sapu, urut sikit-sikit tu bolehlah. Apa pun, sembang dulu dengan dia orang nanti. Dia orang nak buat apa pun boleh. Tak apalah, nanti bila dah setuju, bayar dulu dekat akak," katanya.

Selepas itu, wartawan diarah menunggu di satu kawasan dan dibawa ke sebuah hotel bajet sebelum diperkenalkan dengan gadis yang kononnya pelajar kolej dan wanita terbabit memberitahu harga dikenakan tinggi disebabkan status gadis terbabit.

 

 

 

 

- Harian Metro

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013060900442420130609004424/mobile/mArticle