Fri10202017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Hamas Dan Fatah Capai Perjanjian Perdamaian

KAHERAH - MESIR.  Hamas memaklumkan ia telah mencapai perjanjian perdamaian nasional dengan Fatah yang akan menamatkan sengketa selama sedekad di Palestin.

"Kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat untuk berdamai yang ditaja kerajaan Mesir," kata jurucakap Hamas dalam satu kenyataan, semalam.

Delegasi daripada kedua-dua belah pihak itu mengadakan pertemuan di Kaherah  bermula Selasa lalu untuk menyelesaikan butiran penyerahan pentadbiran termasuk keselamatan di Genting Gaza dan lintasan sempadan.

Di bawah perjanjian itu, seramai 3,000 anggota keselamatan Fatah akan menyertai pasukan polis di Gaza.     

Hamas dan Fatah berharap perjanjian penempatan pasukan keselamatan Fatah yang dipimpin Pihak Berkuasa Palestin (PA) di sempadan Gaza akan menggalakkan Mesir dan Israel untuk menarik semula sekatan mereka di laluan sempadan, sekali gus ia dapat membantu memulihkan ekonomi di wilayah tersebut, lapor Agensi.

- Sinar Online