Tue12192017

LAST_UPDATETue, 19 Dec 2017 8am

Syarikat Minyak Shell Kena 'Serang' Selapas Umum Sokong LGBT

Shell, sebuah syarikat gas dan minyak beribu pejabat di Belanda baru-baru ini memuat naik sebuah video sebagai tanda sokongan terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Video berdurasi 30 saat itu dimuat naik pada 10 Oktober lepas dengan kapsyen "Dari Calgary ke Manila dan Rio ke Amsterdam, kami meraikan #pride (kebanggaan) kami. #LGBT".

Video berkenaan merupakan tanda sokongan Shell kepada 'International Coming Out Day' yang merupakan sambutan meraikan golongan LGBT pada 11 Oktober lepas.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan sudah ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 1,000 perkongsian.

Pastinya, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif dari netizen.

Berdasarkan pengamatan Malaysian Digest, lebih ramai pengguna media sosial meninggalkan komen negatif dengan mengecam pendirian syarikat berkenaan.

"Kempen ini tidak mempromosikan contoh baik kepada generasi akan datang. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya LGBT dibiarkan terus tersebar? Tidak kira apa jua pembedahan yang mereka lakukan, mereka tetap lelaki/perempuan.

"Mereka tidak mungkin akan melahirkan zuriat dan akan mengehentikan kelahiran pada masa akan datang," kata Grace Norioste.

"Sedih. (Shell) sepatutnya tidak melibatkan diri dengan isu ini. Kamu merupakan sebuah syarikat yang pemegang sahamnya tidak mempunyai pandangan yang sama. Fokus kepada perniagaan," nasihat Mike Barrett.

Terdapat juga netizen Malaysia yang menyatakan kebimbangan terhadap ideologi Shell yang turut beroperasi dalam negara.

Hal ini ekoran LGBT masih dianggap bukan norma masyarakat dan merupakan amalan 'taboo' di Malaysia.

"Saya tidak akan membeli apa-apa termasuk minyak di Shell lagi. Anda sudah kehilangan seorang pelanggan dan disanalah (Shell) satu-satunya tempat saya membeli minyak.

"Saya tidak akan membeli di Shell lagi," ujar Zainudin Hamzah.

Sementara Ahmad Safwan Zakaria menegaskan beliau akan memboikot Shell.

"LGBT sangat menjijikkan. Kita patut membantu mereka untuk menjadi normal, bukan membantu mereka menjadi lebih teruk," tegas beliau.

- mD