Wed10182017

LAST_UPDATEWed, 18 Oct 2017 10am

UAE Tutup Pejabat Kedutaan Di Korea Utara

DUBAI - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis memutuskan untuk menutup pejabat dan misi kedutaannya di Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua, memetik agensi berita WAM.

Pada masa sama,misi duta besar Korea Utara di negara itu juga akan ditamatkan, menurut kenyataan Kementerian Luar UAE.

Jelas kenyataan itu, tindakan berkenaan bagi "melaksanakan mekanisme eksekutif selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini" berkaitan Pyongyang dan program nuklear serta peluru berpandunya.

UAE, sebagai anggota yang aktif dan bertanggungjawab di peringkat antarabangsa, negara itu akan memainkan peranannya untuk melaksanakan kehendak masyarakat antarabangsa," tambah kenyataan itu.

Selain itu, UAE akan mengambil tindakan lanjut termasuk penggantungan visa kemasukan baharu dan lesen perniagaan untuk rakyat dan syarikat Korea Utara.

- Bernama