Wed10182017

LAST_UPDATEWed, 18 Oct 2017 10am

Jenazah Syzlin Tiba Di Tanah Air Selasa Ini

JOHOR BAHRU - Jenayah Allahyarham Syzlin Hataman, 43 iaitu mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa ini.

Warga Malaysia itu yang pernah dipenjara di Peru kerana kesalahan dadah dilaporkan meninggal dunia di Peru pada 7 Oktober lepas kira-kira jam 7.50 pagi waktu Malaysia akibat kompilasi beberapa penyakit iaitu asma dan kencing manis.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jenazah Syzlin dijangka tiba di KLIA petang 17 Oktober ini dan kemudian akan dibawa ke Masjid Tun Hussein Onn di Larkin, di sini untuk disembahyangkan.

"Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini.

"Perkara ini telah mendapat persetujuan waris Allahyarham sendiri," katanya kepada pemebrita pada sidang media di rumah waris Allahyarham Syzlin di Larkin Jaya, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, pihaknya membantu dengan menanggung semua perkara berkaitan urusan membawa pulang jenazah Syzlin dan kini sedang dalam beberapa proses terakhir.

"Ia termasuk urusan mengikut hukum agama iaitu memandikan dan mengkafan jenazah di rumah mayat di sebuah hospital di Peru.

"Proses lain termasuk pengawetan, keranda, permit untuk membawa pulang dan pembayaran denda tertentu.

"Semua kos untuk membawa pulang jenazah ditanggung oleh Biro Kebajikan Umno Malaysia namun saya berasa tidak perlu dinyatakan jumlahnya," katanya.

Beliau berkata, bantuan tersebut disalurkan pihaknya juga merupakan usaha bagi menunaikan hajat Syzlin untuk pulang ke tanah air.

- Sinar Harian