Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

Ikut Logik Pakatan, Singapura Pun 'Jual Negara' Kepada Amerika Seperti M'sia

Pakatan Harapan menggambarkan pembelian pesawat baharu oleh Malaysia Airlines dari Amerika Syarikat sebagai sebuah skandal, disamping mendakwa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House untuk 'membayar ufti' kepada Amerika Syarikat.

Nampaknya, Singapura sebagai sebuah negara maju juga dilihat membuat perkara sama apabila Perdana Menteri republik berkenaan, Lee Hsein Loong mengumumkan untuk membeli 39 pesawat Boeing dengan nilai keseluruhan RM58 bilion.

Pembelian berkenaan merangkumi 20 unit Boeing 777-9 dan 19 unit Boeing 797-10 (badan lebar) bagi kegunaan Singapore International Airlines (SIA).

Jika ahli pembangkang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar ataupun Rafizi Ramli merupakan pembangkang di Singapura dan membuat kenyataan sama sepertimana kenyataan dikeluarkan mereka di Malaysia, setiap seorang daripada mereka pasti dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura, kerana mengkritik usaha Perdana Menteri Singapura berkenaan.

"Pada masa sama, rakyat Singapura akan ketawa kepada mereka kerana tidak memahami bahawa syarikat penerbangan perlu menaiktaraf kapal terbang mereka untuk terus bertahan (dalam industri).

"Tidak seperti di Malaysia dimana ramai rakyat telah dibohongi (oleh pembangkang)," kata penganalisis politik/blogger, Lim Sian See.

Mengulas lanjut mengenai pembelian pesawat Boeing oleh Singapura, LSS berkata, SIA juga senasib seperti MAS yang terpaksa membuang ramai pekerjanya kerana mecatatkan kerugian kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Menurut laporan majalan kewangan Fortune, SIA tidak mampu untuk menampung jumlah tenaga kerja seramai 24,300 orang dan memaksa mereka membuang sebahagian daripadanya.

Sungguhpun begitu, SIA tetap meneruskan hasrat untuk membeli pesawat baru sebagai langkah proaktif menjadikan syarikatnya lebih kompetetif.

"Syarikat penerbangan tidak beli basikal untuk meneruskan perniagaan merekalah. Pelan pelaburan jangka panjang untuk membeli pesawat baru adalah normal bagi mana-mana syarikat penerbangan jikamereka berhasrat untuk kekal dalam perniagaan.

"Didalam dunia penerbangan, samaada anda membeli Airbus dari Eropah atau Boeing daripada USA. Kebanyakan syarikat penerbangan membeli kedua-duanya. Membeli daripada Boeing bukannya untuk menjadi Amerika hebat semula tetapi langkah wajib untuk meneruskan syarikat penerbangan.

"Saya pasti MAS akan lebih gembira untuk membeli dari pembekal jet komersial di (parlimen) Pandan, Permatang Pauh, Kajang atau Lembah Pantai jika mereka boleh menawarkan jet komersial serba lengkap dengan kualiti lebih baik, penjimatan minyak lebih baik dan harga lebih rendah daripada Boeing.

"Mungkin semua YB Pakatan boleh menghantar risalah kepada MAS untuk pertimbangan?" ujar LSS sinis.

BACA: Nama Pun Syarikat Penerbangan, Takkan MAS Nak Beli Kereta Dan Sampan Pula?

- mD