Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 2am

[VIDEO] Aksi Pemandu Myvi ‘Menggila’ Di Jalan Raya

CARI NAHAS… Aksi sebuah kereta Produa Myvi yang ‘menggila’ di atas jalan raya dengan memandu tanpa hala dan berkemungkinan telah melanggar kenderaan lain menjadi tular di media sosial.

Video insiden tersebut kebetulan sempat dirakam oleh saksi kejadian yang jelas menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku kerana sikap pemandu kenderaan berkenaan yang memandu tanpa arah itu.

Bagaimana pun, lokasi dan masa kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti kerana tiada butiran lanjut.

Orang awam yang berada di kawasan kejadian berang dengan tindakan pemandu itu kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, terus memandu tanpa rasa bersalah.

“Dia tak boleh pergi mana, rim tayar dia tu,” kata individu yang merakamkan video tersebut.

Beberapa orang awam telah bertindak untuk merosakkan kenderaan itu menggunakan batang kayu dan topi keledar dengan tujuan supaya pemandu tersebut akan keluar dari keretanya.

Turut kelihatan kerosakan kecil di bahagian bumper belakang dan tayar belakang Myvi tersebut, yang berkemungkinan akibat telah melanggar penghadang jalan.

Mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana jika dilihatkan, dia langsung tidak mempedulikan orang awam yang mengamuk kerana tindakannya itu.

Tidak lama kemudian, kereta Myvi itu sudah berjaya ditahan oleh pihak polis di dalam sekatan jalan raya yang telah dibuat beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Namun, tiada berita selanjutnya mengenai kejadian ini. Tindakan pemandu yang ‘gila’ itu boleh membahayakan nyawa orang lain.

Mana tidaknya, sekejap ke depan, sekejap ke tepi. Mujur tiada motosikal yang lalu di bahu jalan ketika kejadian… Kalau tidak, lain pula yang jadi.

– MYNEWSHUB.CC