Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Waris Mangsa Kemalangan Dicari

KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan waris yang meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan Pekan Subang arah ke Jalan Bukit Badak berhampiran pasar raya Econsave, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh dekat sini di sini, 27 Oktober lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa merupakan pejalan kaki terbabit kemalangan dengan sebuah lori menyebabkannya cedera parah di kepala dan beberapa bahagian tubuh lain.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Asisten Superintenden Ramzi Mahmudin, berkata buat masa ini pihaknya tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa ekoran tiada dokumen pengenalan diri ditemukan semasa kejadian.

“Mangsa kemudiannya dirawat Hospital Sungai Buloh, dekat sini bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7 November lalu.

“Buat masa ini mayatnya berada di Unit Forensik sementara kita berusaha untuk mengesan warisnya bagi membolehkan mayatnya dituntut,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, mereka yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat mengenai warisnya diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-3940423 atau mana-mana balai polis berdekatan.

- UTUSAN ONLINE