Sun11192017

LAST_UPDATESat, 18 Nov 2017 8pm

[VIDEO] Myvi 2018 'Hatchback' Paling Selamat Yang Kedua Dicipta Malaysia

Dengan penarafan 5 bintang Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP), Perodua Myvi 2018 adalah kenderaan kedua dicipta di Malaysia yang dikategorikan paling selamat dipandu di jalanan.

Hatchback pertama memperoleh penarafan 5 bintang adalah dari model Proton Iriz.

Dengan harga model asas bermula RM44,300 sehingga termahal, RM55,300 (model Advance); Myvi serba baharu ini dikatakan model paling berbaloi dalam pasaran kenderaan paling selamat.

Markah penuh diperoleh Myvi ekoran pematuhannya terhadap protokol ASEAN NCAP bagi tahun 2017-2020 bagi ujian Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT), Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), dan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), menurut laporan portal permotoran. Paul Tan.

Jika sebelum ini Proton Iriz mendapat markah 87.9% bagi ujian AOP, Perodua Myvi 2018 memperoleh 90.9% bagi kategori sama, berbanding 72.5% diterima daripada model dikeluarkan pada tahun 2015.

Bagi ujian COP pula, markah Myvi 2018 juga lebih tinggi daripada diperoleh Iriz dengan keputusan 88% berbanding 81.8% (Iriz).

Keputusan ini bertitik tolak daripada pengukuhan rangka serba baharu disamping penambahan jumlah beg udara bagi tujuan keselamatan pemandu dan setiap penumpang Myvi 2018.

Model 1.3L, dilengkapi empat beg udara - dua dihadapan dan masing-masing satu beg udara tirai (curtain) di kiri dan kanan.

Sementara model 1.5L pula mempunyai enam beg udara - dua dihadapan, dua di sisi pemandu dan penumpang sebelah pemandu, dua lagi beg udara tirai.

">

Video oleh Youtube ASEAN NCAP

Sehingga dilancarkan semalam, Myvi 2018 sudah menerima 5,000 tempahan pelbagai varian dan perodua menyasarkan penjualan minima 6,000 model Myvi sebulan.

Untuk rekod, Perodua Myvi merupakan model paling laris di Malaysia semenjak ia mula dilancarkan pada 2005 dan terus popular sehingga 2014, sebelum diambil alih 'adiknya' Perodua Axia dari tahun 2015 sehingga kini.

Semenjak mula dilancarkan sehingga Jun tahun ini, penjualan Myvi sudah mencecah angka 1 juta unit termasuk 42,000 dijual diluar negara.

Bagi model terbaru, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua; Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru ini menawarkan teknologi moden dan rupa bentuk muda, hasil rekaan sepenuhnya anak tempatan.

Ia adalah hasil rekaan 59 pereka tempatan. Tidak timbul soal mengambil (rekaan) dari pihak lain. Kalau ada persamaan secara kebetulan tetapi kita telah melalui sejumlah mesyuarat untuk kelulusan reka bentuknya. Kita bukan syarikat 'rebadge'.

“Kereta baharu ini mengete­ngahkan teknologi yang sebelum ini hanya terdapat pada kereta-kereta premium. Myvi baharu ini juga menetapkan penanda aras untuk kita dalam aspek kualiti, reka bentuk dan tawaran ke­seluruhan untuk model masa depan kita,” katanya dipetik Utusan Online.

BACA: Myvi Gen-3 Rekaan Sepenuhnya Anak Gombak, Harga Mula RM44k Hingga RM55k

- mD