Mon12182017

LAST_UPDATEMon, 18 Dec 2017 2pm

[VIDEO] Lelaki Disyaki Pedophilia ‘Lunyai’ Dibelasah Geng Wanita

JANGAN main-main dengan tamparan wanita! Seorang lelaki di Peru yang disyaki seorang pedophilia menerima padah selepas dia diheret keluar dari sebuah kenderaan sebelum dipukul oleh sekumpulan wanita.

Dalam kejadian itu yang berlaku di Trunjillo, barat daya Peru, kumpulan wanita berkenaan bertindak agresif menyerang Alex Tocas Huacha kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, lapor Daily Mail.

Huacha dikatakan cuba melarikan diri selepas keluar dari bilik tidur kanak-kanak berkenaan, namun percubaannya itu gagal apabila suspek sempat ditahan oleh kumpulan wanita berkenaan, dipercayai saudara kepada mangsa.

Dalam rakaman video penuh dramatik itu, kumpulan wanita berkenaan mengheret keluar Huacha ketika dia cuba menaiki sebuah teksi, sebelum mula menyerang suspek di atas jalan.

Rakaman memaparkan sekurang-kurangnya lima orang wanita menarik baju suspek sebelum berkali-kali memukulnya, yang kelihatan cuba melarikan diri.

Polis telah dihubungi dan tiba di lokasi kejadian sebelum berjaya menahan suspek.

Ketika disoal siasat, suspek menafikan cuba melakukan serangan seksual terhadap mangsa, sebaliknya mendakwa dia dalam keadaan ‘mabuk’ dan tidak ingat ketika disoal mengenai kejadian menimpa mangsa.

Tidak dapat dipastikan sama ada Huacha akan berdepan dengan tuduhan melakukan serangan seksual atau sebaliknya.

- mD