Sat12162017

LAST_UPDATESat, 16 Dec 2017 2pm

Zaid Ibrahim Disiasat Polis

SHAH ALAM: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sengaja memutar-belitkan kenyataannya mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perarakan serta Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

 

“Saya boleh mengesahkan satu laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur semalam ekoran kenyataan Zaid dan siasatan telah dibuat oleh Bukit Aman,” katanya.

Baru-baru ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

- Utusan Online