Mon12182017

LAST_UPDATEMon, 18 Dec 2017 2pm

DAP Bertegas Tetap Pilih Anwar

PUTRAJAYA- Sekali lagi DAP menegaskan parti itu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata, Anwar akan dibebaskan selepas Jun 2018.

"Jadi jika Pakatan Harapan mendapat kuasa, keutamaan kami ialah supaya beliau diberi pengampunan, dan selepas itu sepatutnya boleh bertanding," katanya.

Bagaimanapun, Anthony mengakui perdana menteri sementara diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

"Kami sudah ada calon," katanya.

-Sinar Harian