Mon12182017

LAST_UPDATEMon, 18 Dec 2017 2pm

Raub Tenggelam Semula

RAUB: Daerah ini kembali dilanda banjir sejak malam tadi yang menyebabkan 235 mangsa daripada 62 keluarga dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS).



Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata sehingga jam 6 pagi tadi, jumlah mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia, iaitu 92 orang, manakala 46 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Chenua.

Katanya, di PPS balai raya Kampung Sungai Ulu dan balai raya Sega Lama, pula masing-masing menempatkan 30 orang, di Masjid Jamek Kuala Semantan (23), di balai raya Kampung Temau (11) dan di balai raya Ulu Renggol (3).

"PPS itu diaktifkan secara berperingkat, mulai jam 9.25 malam sehingga 12 tengah malam tadi.

"Kita sedang memantau paras air sungai sebagai langkah berjaga-jaga bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya ada penempatan dinaiki air," katanya di sini, hari ini.

Katanya, pemantauan paras air Sungai Lipis menerusi bacaan di Stesen Batu Malim menunjukkannya melepasi tahap bahaya iaitu 115.25 meter yang mendedahkan kawasan rendah dilimpahi air sungai.

"Paras air Sungai Dong dan Sungai Gali pula berada di tahap amaran iaitu 118.48 meter dan 122.32 meter yang berisiko kepada kawasan rendah," katanya.

- Antarapos