Tue04242018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 11pm

[VIDEO] "Jadi 20 Tahun Lepas Anwar Juga Tahanan Politik, Bukan Pesalah Liwat?"

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'pusingan-U' terbesar bekas Perdana Menteri itu dalam sejarah setakat ini, kata penganalisis politik, Raja Sara Petra.

Kata Sara, Dr Mahathir mendakwa Anwar kini adalah tahanan politik sedangkan 20 tahun lepas beliau melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai peliwat.

"Malah, Mahathir juga sudah tiga tahun mengetahui Anwar adalah peliwat dan pihak polis sudah melaporkan kepadanya mengenai perkara tersebut," ujarnya dipetik video disiarkan Malaysia Today.

Beliau merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir di forum belia di Petaling Jaya pada 22 November lalu mengakui bahawa pihak polis sudah menyerahkan laporan perihal kegiatan liwat Anwar sebelum memecat timbalannya itu.

Kata Sara, Dr Mahathir juga mengakui telah mengarahkan Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tun Haniff Omar untuk bertemu Anwar untuk menghentikan kegiatan liwatnya itu.

"Apabila Anwar diberkas, Mahathir tampil di TV dan mengwar-warkan dan mendedahkan kepada negara mengenai Anwar dan beliau juga Anwar turut melancapi pasangan seksnya," jelasnya yang menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu adalah detik paling memalukan bagi Malaysia.

Seterusnya ketika kes Sodomi 2 Anwar tercetus, Dr Mahathir enggan mengulas mengenai perkara tersebut kerana mahu rakyat percaya Anwar bersalah sepertimana berlaku dalam kes Sodomi 1.

"Sekarang Mahathir katakan Anwar adalah tahanan politik. Selepas hampir 20 tahun mendakwa Anwar adalah seorang peliwat, dan selepas mendakwa sudah sekian lama mengetahui perihal kelakuan Anwar dan sambil menegaskan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana kelakuan seksual luar tabi'inya.

"Hari ini beliau katakan Anwar adalah seorang tahanan politik".

Tambah Sara, kenyataan bercanggah Dr Mahathir kini menimbulkan persoalan samaada pemenjaraan Anwar pada 1998 adalah ketidakadilan dan tuduhan dikenakan keatasnya adalah palsu?

"Mahathir sehingga hari ini masih enggan meminta maaf. Jadi jika Anwar adalah seorang tahanan politik, sepertimana yang dikatakan Mahathir, sedangkan selama 20 tahun seluruh dunia katakan Anwar adalah tahanan politik, maka Mahathir perlu meminta maaf terhadap tindakannya.

"Bukan sahaja kepada Anwar, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang direka sendiri Mahathir terhadap Anwar," tegasnya lagi.

- md