Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10am

Brahim's Lancar Pek Kembara

BANGI: Brahim's Dewina Sdn. Bhd. memperkenalkan pek makanan kembara terbaharu bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang aktif.

Pengarah Urusan Brahim's Dewina Group of Companies, Nur Fatin Ibrahim berkata, pek makanan tersebut sesuai untuk semua aktiviti daripada mendaki gunung, berkhemah hinggalah melancong.

Katanya, ia terdiri daripada pelbagai menu daripada sarapan pagi hinggalah makan malam lengkap dengan set minuman dan sudu garfu.

"Harga jualan untuk produk ini ialah RM30 bagi set seharian ayam, RM33 (set seharian daging) dan RM14 (satu set lengkap," katanya dalam majlis pelancaran Pek Kembara Brahim's di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE