Mon01222018

LAST_UPDATEMon, 22 Jan 2018 8am

Mahathir, Zaman Sekarang Dah Berubah: Ku Nan

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa zaman sudah berubah sejak pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sebagai bekas PM, Mahathir patut tahu apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan adalah demi kebaikan negara.

“Beliau patut menerima realiti bahawa banyak perubahan yang telah berlaku sejak beliau mentadbir negara ini,” kata Ku Nan, sambil menambah bahawa beliau amat yakin dengan kepimpinan Najib dan usaha yang telah beliau lakukan bagi memastikan Malaysia sentiasa progresif.

Setiausaha Agung Umno itu turut mengatakan bahawa penamaan Mahathir sebagai calon PM parti Pakatan Harapan (PH) hanya membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai calon yang berwibawa.

“Jadi persoalannya, mengapa beliau masih mahu mentadbir negara ini,” katanya dalam ucapannya semasa majlis perasmian perpustaakan komuniti di Wangsa Maju, hari ini.

Pada 7 Januari lalu, PH telah menamakan Mahathir sebagai Perdana Menteri jika ia memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Pakatan turut mengatakan bahawaia akan memohon pengampunan DiRaja untuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim jika ia dapat ‘menawan’ Putrajaya, dan menjadikan Anwar sebagai perdana menteri jika pengampunan itu diberikan.

- MYNEWSHUB.CC