Fri01192018

LAST_UPDATEFri, 19 Jan 2018 10am

Bahasa Jatti Meirek Diancam Kepupusan

Pic: BH Online (Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyampaikan sumbangan kepada wakil pertubuhan di Majlis Makan Malam Amal Jatti Meirek 2018 di Miri, malam tadi.)Pic: BH Online (Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menyampaikan sumbangan kepada wakil pertubuhan di Majlis Makan Malam Amal Jatti Meirek 2018 di Miri, malam tadi.)MIRI: Bahasa Jatti Meirek di Sarawak dikategorikan antara bahasa etnik di dunia yang sedang diancam kepupusan.

Presiden Persatuan Jatti Meirek Miri, Datuk Abdullah Abdul Rahim berkata, bahasa etnik asal suku kaum paling awal berhijrah ke Miri dan kini semakin kurang dituturkan.

Beliau berkata, masalah itu wujud disebabkan banyak etnik Jatti Meirek di negeri ini sudah mengamalkan perkahwinan campur dengan kaum lain.

"Situasi ini, menyebabkan bahasa asal etnik Jatti Meirek tidak banyak digunakan dalam pertuturan seharian," katanya di Makan Malam Amal Jatti Meirek 2018 di sini, malam tadi.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Abdullah berkata, untuk mengekalkan keunikan bahasa etnik Sarawak itu pupus, Persatuan Jatti Meirek Miri merancang menerbit dan mencetak lebih banyak suku kata bahasa terbabit untuk rujukan generasi akan datang.

Beliau berkata, sebuah buku terjemahan bahasa Jatti Meirek kepada Bahasa Malaysia sudah pun diterbitkan, namun jumlahnya terhad hanya 500 unit.

"Tahun ini kita akan tambah penerbitan dan mengedarkan buku berkenaan secara percuma kepada individu yang berminat,' katanya.

Beliau berkata, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga diminta membantu menerbitkan kamus bahasa Jatti Merek bagi memudahkan bahasa itu dipelajari generasi muda.

- BH Online