Thu04262018

LAST_UPDATEThu, 26 Apr 2018 11am

Kes Hilang Kabel : Dua Kakitangan TM Direman

SEREMBAN -- Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung jual beli kabel TM berjumlah RM7,650, sejak  dua tahun lepas.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Nur  Hayatie Mohd Saini  selepas membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Khairi Abdul Karim, di sini hari ini.  

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada 10.30 pagi dengan diiringipegawai SPRM.

Semalam, kedua-dua suspek yang merupakan Pembantu Pegawai Teknik/Telekom Malaysia Wilayah JohorSelatan masing-masing berumur 29 dan 30 tahun, ditahan di Ibu Sawat TM, Johor Bahru sekitar 4.25 dan 5.30 petang.

Mereka ditahan kerana disyaki menerima rasuah daripada sindiket jual beli kabel sebagai balasan membawa keluar drop fiber jenama Lite Kabel milik TM dari 'stor' Telekom Malaysia (TM) secara tidak sah untukdijual dalam pasaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabitkesalahan.

-- BERNAMA