Mon07232018

LAST_UPDATESun, 22 Jul 2018 9pm

Wanita Maut Dipercayai Jatuh Tingkat 17 Pangsapuri

Foto: Berita HarianFoto: Berita HarianSHAH ALAM: Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Seksyen 16, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada jam 1.37 tengah hari itu, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan seorang wanita jatuh dari pangsapuri.

"Setiba di tempat kejadian, saksi memaklumkan bahawa mangsa jatuh dari tingkat 17 pangsapuri.

"Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat mangsa,"katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah jenayah dikesan buat masa ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

"Kita juga sedang giat mengesan ahli keluarga mangsa dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat, boleh tampil untuk membantu siasatan," katanya.

-Berita Harian