Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Orang 'Gay' Juga Diberkati Dan Indah Seperti Insan Lain, Kata Abang Syed Saddiq

Syed Abdullah, abang kepada Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  menjadi popular pada minggu ini setelah kenyataannya mendokong gerakan Lesbian,  Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) menjadi tular di media sosial.

Katanya, sepertimana individu lain di dunia ini, pasangan gay juga adalah insan  yang diberkati dan indah.

"Jangan mendiskriminasi masyarakat gay, kerana mereka diberkati dan indah  sepertimana insan lain di bumi," kata Syed Abdullah sambil menggesa perubahan kerajaan  Malaysia agar pasangan gay boleh hidup dengan aman.

Pengakuan Syed Abdullah dibuat menerusi ruangan komen seorang pengguna Facebook  dikenali dengan nama Tun Carlos yang memuat naik sembilan keping 'screen shot'  instagram abang Syed Saddiq itu di Facebook.

Gambar-gambar berkenaan antara lain menunjukkan Syed Abdullah mencium seekor  anjing, bersaji di sebuah restoran yang menghidangkan arak serta pertemuannya bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut mendapat perhatian rakan Syed Saddiq bernama Tino Giuffrida  yang tidak berpuas hati dengan tindakan Tun Carlos memuatnaik gambar-gambar  berkenaan.

Tino mempertahankan Syed Abdullah sambil membidas Tun Carlos kerana sengaja  mencipta aib demi mendapatkan upah, dan seterusnya episod debat maya antara  mereka bermula.

Kedua-dua mereka memperlekeh antara satu sama lain dan Tino mempersenda gaya  rambut Tun Carlos sepertimana tertera pada gambar profilnya sebagai gaya lelaki  gay.

"Lelaki tidak boleh berambut panjang kan, jika kita nak homofobia macam kamu.  Mungkin kamu homofobia kerana jauh didalam diri kamu juga sebenarnya juga gay,"  kata Tino.

Kenyataan oleh Tino kemudiannya disokong oleh Syed Abdullah yang menyifatkan  perdebatan antara Tun Carlos dan Tino ibarat buku bertemu ruas.

"Tun Carlos, anda cari gaduh dengan orang yang salah. Mari lihat kamu berdepan  dengan rakan antarabangsa saya yang cukup berpendidikan untuk mengetahui benar  dan salah. Berfikiran sempit adalah satu perkara tetapi bodoh perkara lain.

"Kenyataan anda akan diperkatakan oleh seluruh rakan saya disini. Semoga berjaya mendepaninya. Penjelasan yang hebat Tino Giuffrida," kata Syed Abdullah.

Tidak mengalah, Tun Carlos kembali mempertahankan dirinya dengan menjelaskan  bahawa setiap agama tidak merestui hubungan sejenis.

"Kini di negara barat yang mengamalkan demokrasi katakan, apa yang majoriti  katakan, mereka adalah pemenang. Tetapi didalam Islam, majoriti tidak menang  tetapi "kebenaran" yang menang.

Isu ini sudah berlarutan semenjak empat hari lalu dan sehingga kini Syed Saddiq  masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengakuan abangnya itu.

Selain itu, Syed Saddiq turut digesa untuk menyatakan samaada kenyataan abangnya juga mewakili pendirian Pakatan Harapan, khususnya PPBM .

- mD