Wed02212018

LAST_UPDATEWed, 21 Feb 2018 9am

Projek Terowong P.Pinang Tak Wujud, Hanya 'Scam' Hartanah Terbesar Malaysia?

Satu demi satu keraguan muncul dalam Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang  bernilai RM6.34 bilion kerajaan DAP Pulau Pinang semenjak ianya dilancarkan pada 2013.

Bermula dari bayaran diluar kebiasaaan mahal, RM304.9 juta bagi mengeluarkan  senaskhah kertas kerja kajian kebolehlaksanaan pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, kepada isu syarikat komponen konglomerat yang ditugaskan menjalankan  projek mega tersebut.

Disebalik keraguan-keraguan berkenaan, maka muncul persoalan mega samaada Projek Terowong Dasar Laut ini merupakan skandal penipuan besar-besaran kerajaan negeri  Pulau Pinang teraju Ketua Menterinya merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan  Eng?

Penganalisis politik Raggie Jessy mendakwa, Guan Eng sebenarnya langsung tidak  berniat untuk membina projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang  dihubungkan ke terowong berkenaan.

"Walaubagaimanapun, apabila diserang, anda (Guan Eng) membuat keputusan untuk  mengheret Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertengkaran dengan mendakwa Perdana  Menteri membantu Gerakan dan MCA merosakkan reputasi anda?

"Tapi apa kaitan Najib dengan kes ini? Adakah beliau yang memperdaya CRCC  sehingga mereka fikirkan akan diberi bayaran penuh RM69 juta?" soalnya dipetik  blog The Third Force.

Bayaran RM69 juta (USD22 juta) kepada China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dimaksudkan Raggie adalah upah untuk menyiapkan kerja-kerja reka bentuk  terowong dan tiga lebuh raya berkenaan yang merupakan sebahagian daripada  peruntukan kajian kebolehlaksanaan bernilai RM304.9 juta.

Namun, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa, CRCC hanya  diberi bayaran RM3 juta sahaja semenjak projek tersebut dianugerahkan kepada  syarikat konglomerat pelaksana projek tujuan khas (SPV) itu, lima tahun lalu.

Sungguhpun benar dakwaan kerajaan negeri bahawa CRCC dibayar RM69 juta, baki  bayaran kajian kebolehlaksanaan RM236 juta kata Raggie, masih terlalu besar dan  melampau mahal bagi projek berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof turut mempertikaikan mengapa  kerajaan negeri membuat pembayaran kepada syarikat konsesi pada 2013 sedangkan  hasrat mereka untuk melaksanakan projek berkenaan pada 2023.

Exco kerajaan negeri, Lim Hock Eng pada sidang DUN mengakui bayaran sebanyak  RM219.99 juta sudah diserahkan bagi menjalankan kajian dan agihan RM208.75 juta  diserahkan kepada Zenith Construction Sdn Bhd sementara baki RM11.23 juta kepada HSS Intergrated Sdn Bhd.

Guan Eng juga mengakui bayaran RM208.75 juta kepada Zenith adalah dalam bentuk  penyerahan dua lot tanah persisir pantai berkeluasan 5.67 ekar di Bandar Sri  Tanjung, Pulau Pinang milik kerajaan negeri kepada Zenith.

The Star dalam pada itu melaporkan, tanah tersebut dijual semula kepada syarikat pemaju dengan nilai 10 jali ganda lebih mahal iaitu RM2.83 bilion bagi projek  pembangunan perumahan 'super' mewah dengan nilai pembangunan anggaran RM15  bilion.

"Jadi jelaskan kepada saya, Guan Eng, mengapa CRCC cuma dibayar RM3 juta  semenjak projek tersebut mula?

"Bukankah jelas bahawa anda tiada tiada niat untuk membina tiga batang jalan dan terowong dasar laut?" tegas Raggie.

- mD