Mon05212018

LAST_UPDATEMon, 21 May 2018 7pm

[VIDEO] Seks Oral Demi Koktail Percuma, Kelab Malam Dikecam

Tumpuan di Rusia nampaknya tidak hanya kepada pilihan raya Presiden Rusia yang dijangka berlangsung pada Mac ini, tetapi juga melibatkan insiden seksual yang berlaku di sebuah kelab malam di negara itu, baru-baru ini.

Sebuah kelab malam berdepan dengan kecaman selepas rakaman memaparkan seorang wanita bertindak melakukan seks oral terhadap seorang lelaki yang tidak kenali di hadapan pengunjung lain tular di laman sosial.

Rakaman memaparkan wanita terbabit melakukan seks oral terhadap seorang lelaki yang dalam keadaan separuh bogel dan hanya memakai boxer di pentas utama kelab tersebut.

Insiden menjijikkan itu turut diperhatikan oleh seorang lelaki lelaki dipercayai pengacara ‘segmen’ itu, sambil kedengaran sorakan daripada pengunjung lain. Wanita terbabit boleh dilihat menundukkan kepalanya ke arah bahagian sulit lelaki itu, dan 'lelaki bertuah' itu hanya ‘melayan’ aksi seksual tersebut.

Portal Metro.co melaporkan kejadian tidak senonoh itu berlaku di sebuah kelab di Tomsk, selatan tengah Rusia.

Saksi kejadian mendakwa wanita terbabit melakukan perbuatan seks tersebut bagi mendapatkan kad keahlian dan baucar percuma untuk tiga kali menikmati minuman koktail di kelab malam RayOn.

Susulan penularan rakaman tersebut yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, pemilik kelab malam tersebut mendakwa tiada sebarang adegan seks oral berlaku, sebaliknya wanita terbabit hanya ‘mencium’ lelaki itu.

Georgiy Shipakov mendakwa, kakitangannya hanya ‘mengira tanda gincu’ wanita terbabit.

“Saya menekankan lelaki yang berdiri itu hanya separuh bogel,” katanya sambil menambah semua pengunjung kelab adalah orang dewasa dan berjanji akan mengubah peraturan di situ.

Tambahnya, saksi-saksi yang mendakwa menyaksikan adegan seks tersebut hanya mahu ‘mengembar-gemburkan’ keadaan.

“Saya telah bercakap dengan pengacara selepas insiden tersebut dan mengatakan dia tidak sepatutnya menganjurkan sebarang pertandingan,” katanya.

- mD