Sun02252018

LAST_UPDATESun, 25 Feb 2018 9pm

Serbuk Putih Ditemukan Di Parlimen Britain Tidak Berbahaya

LONDON: Bungkusan mengandungi serbuk putih yang ditemukan di Parlimen negara ini disahkan tidak berbahaya, lapor pejabat Dewan Rendah Parlimen tersebut.

Menurut pihak polis, pegawai-pegawai antikeganasan telah menyiasat insiden itu dan sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen berkenaan.

Bungkusan itu telah dihantar ke pejabat terbabit yang kini masih ditutup.

Walau bagaimanapun bahagian lain di Parlimen dibuka seperti biasa.

- Reuters