Sun02252018

LAST_UPDATESun, 25 Feb 2018 9pm

Apa Rahsia Bisnes Mokhzani Sampai Jadi Orang Ke-9 Terkaya Malaysia?

Ranking anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir mungkin sudah terkeluar daripada senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya pada tahun ini selepas beliau menjual sahamnya dalam Sapura Energy dan keluar dari perniagaan Gas dan Minyak.

Tetapi, pada 2014 beliau tersenarai didalam 10 individu terkaya Malaysia oleh majalah Malaysian Business dengan jangkaan nilai harta sekitar RM4.22 bilion, menjadikan beliau orang Melayu kedua terkaya selepas ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - dan peningkatan kekayaannya yang meningkat hari demi hari masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Malah, pembangkang sebelum ini mencipta hoo-ha kononnya anak Dr Mahathir ini menjadi bilionaire dalam tempoh semalaman dan Pakatan Rakyat (kini dikenali Pakatan Harapan) pernah berjaji untuk menghentikan kronisme keluarga Dr Mahathir sekiranya mereka menang PRU13 dahulu.

Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri pakatan berkenaan pernah menegaskan bahawa kekayaan anaknya bukan diatas bantuannya selaku Perdana Menteri selama ini dan "apa yang Mokhzani perolehi diatas kerja kerasnya."

Secara kronologinya, penganalisis politik Lim Sian See merungkaikan bagaimana Mokhzani yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Holdings Bhd dan Tongkah Holdings Bhd mendakwa menerima "banyak dakwaan liar mengaitkan saya dengan projek kerajaan atau projek mega."

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa tuduhan yang dilemparkan keatasnya dibuat oleh individu yang mahu memburukkan imej beliau dan bapanya, sementara menafikan menjual seluruh pegangan secara langsung dan tidak langsungnya didalam syarikat-syarikat disenarai Bursa Malaysia, kerana beliau merajuk.

Jelas LSS, walaupun mendakwa hanya "akan melakukan perniagaan kecil-kecilan" selepas beliau keluar dari dunia korporat, Mokhzani kemudiannya menubuhkan Kencana Capital dengan modal besar sehingga RM30 juta, pada tahun sama.

"Kencana kemudiannya menyertai perniagaan Minyak dan Gas dengan ditubuhan daripada pengambilalihan  limbungan fabrikasi kecil seluas 1 ekar dan dijenamakan kepada Kencana Petroleum dan dalam tempoh beberapa bulan, dianugerahkan lesen Frabikasi Besar (Penstrukturan Luar Persisir) oleh Petronas," kata LSS.

Tambahnya, dua tahun kemudian pada November 2003, bapanya bersara dari jawatan Perdana Menteri dan menjadi Penasihat Petronas.

Pada 2011, Kencana Petroleum dinilai RM6 bilion bergabung dengan Sapura Petroleum membentuk SapuraKencana dimana Mokhzani dengan selesanya menjadi CEO Kumpulan, sebelum ditabalkan sebagai individu ke-9 terkaya di Malaysia pada 2014.

Pada 2016, beberapa bulan selepas Mahathir disingkirkan dari jawatan Penasihat Petrons berikutan keputusan sebulat suara Kabinet menamatkan lantikannya kerana tidak lagi menyokong kerajaan dengan menandatangani Deklarasi Rakyat, Mokhzani berlalu meninggalkan rakan niaganya daripada Kencana Capital, Datuk Yeow Kheng Chew.

Kata Lim, Mokhzani "mendapat berbilion ringgit dengan menjual pegangannya di SapuraKencana" sebelum meletakkan jawatan dan walaupun harga minyak sedang memuncak.

The Star melaporkan, sumbernya mendakwa "beliau tidak meramalkan sektor O&G akan merudum dalam masa terdekat, dan akan terus menyuntik modal ke dalam industri baru."

LSS kemudiannya menggesa orang ramai untuk melihat kaitan-kaitan terhadap punca kekayaan luar biasa Mokhzani ini "Atau anak-anak (Mahathir) sememangnya berbakat semulajadi dalam perniagaan sepertimana Mahathir dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia katakan?"

Jelasnya, mungkin Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat ini boleh mejustifikasikan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang kleptokrat dan sumber kekayaan keluarganya adalah kekayaan yang halal, daripada menafikan telah menyalahgunakan kuasa untuk menjadi antara 10 rakyat Malaysia terkaya, sebelum ini.

Ataupun, apa yang dikatakan penulis novel Perancis, Honore de Balzac katakan "Disebalik kekayaan luar biasa terdapatnya jenayah yang besar" adalah benar sama sekali.

- mD