Thu05242018

LAST_UPDATEWed, 23 May 2018 11pm

[VIDEO] JAKIM Sudah Sahkan Sajat Lelaki, Tapi Ego Tak Terima Kenyataan - Papa Gomo

Blogger kontroversi Papa Gomo mendakwa sudah mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman sebenarnya adalah seorang lelaki.

Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, beliau sudah menghubungi wakil JAKIM pada Isnin berhubung status siasatan jantina Sajat dijalankan oleh jabatan agama Islam persekutuan itu.

Katanya, diatas faktor keselamatan dan JAKIM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu kejantinaan Sajat, pegawai berkenaan meminta identitinya dirahsiakan, namun mendedahkan bahawa Sajat bukan wanita.

"Sebenarnya JAKIM sudah selesai membuat pengesahan jantina (Sajat). Sebenarnya proses pengesahan jantina bukannya mengambil masa sebulan sepertimana dimaklumkan pegawai JAKIM sebelum ini.

"Dan pengesahan jantina Sajat ini sudah nyata dan terbukti bahawa Sajat merupakan seorang lelaki tulen," kata Papa Gomo dalam video dimuatnaik beliau di Facebooknya.

JAKIM pada 16 Januari lepas bertemu Sajat di wisma milik usahawan berkenaan di Shah Alam.

Pertemuan dibuat oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM, Dr Izwan Yusof bersama Sajat yang ditemani peguamnya.

Dr Mohd Izwan menerusi Facebook JAKIM mengeluarkan kenyataan akan menyiasat jantina sebenar Sajat dan akan makan masa paling minima sebulan.

“Keputusan hanya akan diumumkan selepas segala proses itu selesai dan disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan JAKIM,” kata kenyataan tersebut.

Papa Gomo dalam pada itu menyiarkan petikan rakaman suara perbualan beliau bersama 'pegawai JAKIM' yang mahukan identitinya dirahsiakan.

Menerusi perbualan berkenaaan, 'pegawai' tersebut menyatakan, JAKIM sukar untuk membawa sesetengah kumpulan transgender seperti Sajat ke pangkal jalan berikutan ego kelelakiannya masih terbenak dihati individu berkenaan.

"Sebenarnya dalam jiwa mereka ada ego yang besar sebab naluri lelakinya masih ada. Sebab itu keegoannya tinggi. Antara sebab yang susah golongan agama nak mendekati golongan transgenderi ini adalah disebabkan itulah (ego)," kata rakaman perbualan tersebut.

Video dimuatnaik Papa Gomo pada 13 Februari lalu menerusi Facebooknya, Sir Azri walaubagaimanapun sudah dipadam.


JAKIM dalam kenyataan dikeluarkan hari ini menjelaskan bahawa identiti Sajat masih belum diketahui berikutan mendapat halangan oleh pihak Sajat untuk meneruskan prosedur berkenaan

Kenyataan dikeluarkan oleh Dr Mohd Izwan.

- mD