Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 10am

Jamie Oliver Dijangka Tutup 12 Restoran

SELEBRITI Chef, Jamie Oliver dijangka menutup 12 restorannya, menjadikan 200 pekerjanya berisiko kehilangan kerja. Keputusan itu dibuat selepas pelan penyusunan semula yang dibuat oleh Oliver telah ditolak oleh pemiutang.

Penutupan itu merupakan sebahagian daripada Perjanjian Sukarela Syarikat yang membolehkan rangkaian restoran itu dapat menjamin pengurangan sewa dan keluar dari restoran yang tidak menguntungkan.

Kakitangan restoran yang terlibat kini sedang berunding namun ada antara mereka yang akan ditempatkan di restoran lain. Oliver mempunyai 25 restoran di UK dan 28 buah di luar negara.

Tahun lepas Oliver menutup enam restorannya dan beliau menyalahkan Brexit kerana menyebabkan kenaikan harga. Brexit menyaksikan UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Kejatuhan pound yang menyebabkan kenaikan kos bahan telah memberikan kesan kepada rangkaian restoran Oliver.

Hari ini, 95 peratus daripada pemiutang termasuk tuan tanah mengundi memihak kepada perjanjian berkenaan.

– MYNEWSHUB.CC