Sun05272018

LAST_UPDATESun, 27 May 2018 10am

Ibu Mengandung Dicincang Untuk Halang Bersalin

KEJAM…mayat seorang wanita yang sarat mengandung telah ditemui dicincang kepada beberapa bahagian dan dibuang di tepi jalan. Mayat wanita yang mengandung lapan bulan itu ditemui di bandar Hyderabad di timur Telangana.

Polis kini sedang mengesan identiti wanita itu dan dia dipercayai dibunuh semata-mata untuk menghalangnya daripada melahirkan anak.

“Nampaknya ada orang yang tidak mahu dia melahirkan anak itu dan kemudian membunuhnya,’’ kata polis.

Mayatnya ditemui oleh pemungut sampah dan bahagian mayat yang dipotong itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Polis kini sedang memeriksa CCTV di kawasan berhampiran namun dia disyaki dibunuh di tempat lain.

Pihak berkuasa juga meminta doktor atau pakar sakit puan yang mempunyai pesakit, yang padan dengan keterangan polis supaya tampil membuat laporan.

– MYNEWSHUB.CC