Sun02252018

LAST_UPDATESun, 25 Feb 2018 9pm

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Tepis Fitnah

PEKAN - Keupayaan negara ini mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus untuk suku keempat tahun lalu menepis tanggapan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian itu menjadikan Malaysia berada di kalangan negara yang melakar pertumbuhan tertinggi di dunia untuk tahun 2017.

Menurutnya, pencapaian tersebut sekaligus menepis fitnah yang menghasut rakyat menyatakan negara ini sudah bangkrap dan perlu diselamatkan.

"Penarafan ini diberikan oleh pakar-pakar ekonomi menerusi badan-badan sepertiTabung Ekonomi Dunia, Bank Dunia, Bloomberg yang menyatakan Malaysia di landasan yang berjaya.

"Ia bukan dikatakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Bukan parti bunga (Bersatu) yang cakap," katanya dalam ucapan sempena program Kongsi Kasih Komuniti Pekan di Dewan Konvesyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun dalam majlis tersebut yang menyaksikan seramai 3650 penerima termasuk komuniti Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018.

Dalam majlis itu juga, Najib turut menyampaikan angpau kepada 1,000 komuniti Tionghua dari parlimen Pekan.

-Sinar Harian