Mon05212018

LAST_UPDATESun, 20 May 2018 9pm

Jadikan Alat Pemadam Api Sebagai 'Aksesori' Wajib Kenderaan - Bomba

KUALA TERENGGANU – Pemilik kenderaan dinasihatkan agar menjadikan alat pemadam api sebagai salah satu aksesori wajib dalam kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Khir Amir Ahmad berkata masih ramai lagi yang tidak sedar bahawa alat itu adalah satu keperluan bagi mengurangkan risiko kebakaran.

“ Mereka lebih suka meletakkan aksesori yang mahal dalam kenderaan berbanding alat pemadam api yang hanya bernilai RM60 untuk satu kilogram.

“ Alat pemadam api dapat membantu memadamkan kebakaran yang melibatkan kenderaan sebelum keadaan kebakaran tersebut semakin buruk dan sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran Semperna Kempen Keselamatan Tahun Baru Cina di pasaraya Giant di sini hari ini.

Khir Amir berkata kebakaran yang berlaku boleh merebak dengan cepat hanya dalam tempoh lima ke enam saat sahaja.

Apabila terdapat pemadam api, orang awam dapat memadamkan kebakaran dan mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk terhadap kenderaan terlibat, katanya.

BERNAMA