Mon07162018

LAST_UPDATEMon, 16 Jul 2018 9am

Guterres, Abbas Tekan Kepentingan Penyelesaian Dua Negara Dalam Konflik Palestin-Israel

Antonio GuterresAntonio Guterres

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mencapai kata sepakat berhubung kepentingan meneruskan proses damai di Timur Tengah serta komitmen mereka kepada penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya pilihan ke arah keamanan lestari, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua pemimpin, Guterres meluahkan kebimbangan berhubung situasi kemanusiaan yang teruk di Gaza dan kekurangan pembiayaan oleh agensi PBB kepada pelarian Palestin akibat pemotongan dana oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Guterres turut menekankan kepentingan bantuan pembangunan dan kemanusiaan yang berterusan daripada komuniti antarabangsa kepada penduduk Palestin.

Abbas berada di Ibu Pejabat PBB di New York untuk menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Keselamatan badan dunia itu berhubung situasi di Timur Tengah.

Dalam ucapannya, Abbas meminta satu persidangan antarabangsa dianjurkan menjelang pertengahan 2018 yang akan memberi pengiktirafan terhadap status kenegaraan Palestin dalam sempadan 1967.

-- BERNAMA