Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

Cantiknya Bilik Untuk Sambut Anak Siti, Fatimah Az-Zahra

BEBERAPA jam selepas melahirkan puteri sulung yang kini diberi nama timangan sementara Fatimah Az-Zahra, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sempat berkongsi video berdurasi satu minit yang memaparkan dekorasi istimewa buat mereka.

Klip video yang dilatari single terbaru buat puterinya itu, Comel Pipi Merah turut memaparkan dekorasi berlatarkan rona putih dan merah jambu untuk bilik anak perempuannya di kediaman mereka dan di bilik hospital.

Bahkan dalam video berkenaan, Siti, 39, turut kelihatan teruja melihat dekorasi yang dibuat khas untuknya, termasuk huruf S yang digantung di pintu bilik hospital.

Rata-rata peminat turut teruja melihat dekorasi tersebut dan menyampaikan ucapan tahniah.

Malah ada juga yang memuji lagu Comel Pipi Merah yang bersesuaian dengan judulnya.

-Sinar Harian