Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

Gangguan Bekalan Air 10 Jam Di Bertam

GEORGETOWN - Gangguan bekalan air berjadual selama 10 jam di sepanjang Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Bertam dari jam 10 malam 23 Ogos Mac hingga 8 pagi 24 Mac berikutan kerja menyambung paip di kawasan berkenaan sehingga ke Taman Mekarsari.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata​​​​​​ bekalan air akan dihentikan sementara di kawasan berkenaan bagi membolehkan kerja penyambungan paip dilakukan.

“Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual 10 jam yang akan menjejaskan kira-kira 14,000 orang di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna air domestik dan perniagaan di kawasan tersebut untuk menyimpan air secukupnya bagi sebarang kegunaan.

Antara kawasan terlibat termasuklah Taman Bandar Putra Bertam; Kampus UiTM, Bertam; Pusat GiatMara, Bertam Perdana; MRSM Kepala Batas; Institut Pergigian USM; Eco Residence, Bertam; Institut Latihan Perindustrian; Kepala Batas; Taman Casa Inova; Putra Villa dan Mydin Hypermarket.

“Justeru, PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya.

- Bernama