Mon04232018

LAST_UPDATEMon, 23 Apr 2018 12am

Pembangkang Kosovo Lempar Gas Pemedih Mata

PRISTINA - KOSOVO. Ahli pembangkang bertindak melemparkan kanister gas pemedih mata di dewan parlimen, hari ini dalam usaha untuk menghalang timbalan menteri lain mengesahkan perjanjian sempadan dengan Montenegro, syarat utama bagi Kosovo untuk mendapatkan visa percuma ke Kesatuan Eropah.

Parti pembangkang Vetevendosje bertegas menolak perjanjian tersebut yang dimeterai pada 2015, mendakwa ia melibatkan penyerahan kira-kira 8,000 hektar wilayah Kosovo kepada negara jirannya.

Percubaan sebelum ini untuk meratifikasi perjanjian itu turut mencetuskan bantahan sama melibatkan gas pemedih mata di Parlimen selain pertempuran dengan pihak berkuasa.

Susulan kejadian itu, Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sidang tersebut sehingga proses pengalihan udara dalam dewan terbabit selesai.

Negara Balkan berjiran dengan Kosovo seperti Serbia, Albania, Montenegro, Macedonia dan Bosnia mendapat akses visa percuma ke zon Schengen pada 2010.

- Reuters