Fri05252018

LAST_UPDATEFri, 25 May 2018 12pm

Wan Azizah Gagal Sebagai Ketua - Nallakaruppan

KUALA LUMPUR: Meskipun telah menegaskan hanya ada satu kem dalam PKR, namun Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail jelas gagal sebagai ketua apabila kepemimpinannya tidak dihormati dengan keputusannya masih boleh dipertikaikan pihak tertentu.

Situasi itu berlaku akibat PKR sendiri yang terlampau mengagungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus membu-atkan Wan Azizah ada kalanya dilangkaui oleh pemimpin lain dalam parti itu dengan merujuk kepada suaminya se-tiap kali ada pertikaian dalaman.

Bekas Ketua Cabang PKR Kepong, Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, keadaan ini bertambah parah sejak Anwar di-penjarakan yang menyaksikan penyokong kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merasakan Timbalan Presiden PKR itu adalah ketua.

Katanya, suara dan peranan Wan Azizah juga semakin tenggelam apabila PKR bergabung dengan tiga parti pem-bangkang lain yang masing-masing memiliki pemimpin utama yang dominan.

“Dahulu (masa Anwar di luar), ahli-ahli dan kepemimpinan tertinggi PKR termasuk Wan Azizah akur sahaja dengan segala kenyataan Anwar, jadi tidak wujud situasi berpuak-puak dalam parti seperti sekarang.

“Kedudukan Wan Azizah sekarang terus dipertikai apabila beliau dikelilingi ketua parti lain dalam gabungan pem-bangkang seperti Lim Kit Siang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Mohamad Sabu. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri berbanding Wan Azizah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hubungan Wan Azizah dan Mohamed Azmin dikatakan tegang apabila Presiden PKR itu didakwa menggugurkan beberapa nama pemimpin utama parti yang pro kepada Menteri Besar Selangor itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketegangan itu diperkukuhkan lagi apabila Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran jentera PKR Seberang Jaya, Pulau Pinang beberapa hari lalu sebelum Mohamed Azmin berucap.

Malah, Mohamed Azmin dilaporkan menemui Anwar di sebuah hospital di ibu negara bagi merujuk kepada beliau berhubung soal pemilihan calon parti itu.

- UTUSAN ONLINE