Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Foto: BernamaFoto: BernamaKUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 9 pagi ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan lancar kecuali di Slim River menuju ke Sungkai berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA