Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Peminat Terkejut Russia Menang Besar

Foto: ReutersFoto: ReutersMOSCOW: Ribuan penyokong Russia dan antarabangsa membanjiri lokasi fanzone untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai Piala Dunia yang menyaksikan Russia mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Arab Saudi.

Kira-kira 10,000 penyokong termasuk keluarga yang hadir bersama anak kecil, berkumpul di fanzone berhampiran Stadium Luzhniki yang menyediakan skrin gergasi untuk menyaksikan perlawanan.

Penyokong Russia dilihat kurang berbanding penyokong dari negara lain, namun mereka cukup gembira menyaksikan pasukan kesayangan memulakan kempen dengan cemerlang.

"Saya yakin kami akan menang. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya kami ketika ini," kata pelajar, Yelena Krasnykh.

"Kami sangat bangga. Secara jujur, kami tidak sangka Russia mampu menang besar," kata Veremonika Kripolapova.

"Pasukan kami tidaklah begitu teruk. Apa saja yang berlaku di Russia sukar untuk diramalkan," kata seorang pekerja kilang, Pavel.

-Agensi/Berita Harian