Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

Gempa Bumi Di Irian Jaya

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada 8.57 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di 2.10 selatan dan 138.8 timur, kira-kira 213km barat dari Jayapura, Indonesia dan 2,374km timur dari Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.

– Bernama