Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 3pm

MB Selangor Baharu Akan Diumum Ahad Ini?

Foto:MGFoto:MGKUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor yang baharu dijangka diumumkan pada Ahad ini, menurut portal Malaysiakini.

Portal itu yang memetik sumber sebagai berkata mendakwa, calon yang akan diumum itu dijangka mengangkat sumpah pada 19 Jun bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik menjadi Menteri Hal-ehwal Ekonomi.

Sebelum ini, dua calon tersenarai bagi jawatan tersebut. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amirudin Shari.

Kedua-dua calon dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum pengumuman pada Ahad nanti.

Laporan sebelum ini juga mendedahkan ADUN Seri Setia, Shaharuddin Baharuddin turut berada dalam senarai pendek bagi jawatan berkenaan.

– MalaysiaGazette