Tue07242018

LAST_UPDATEMon, 23 Jul 2018 8pm

Finalis Miss Universe New Zealand Idamkan Jejaka Seperti Syed Saddiq

Membawa imej wanita berhijab ke pentas peragaan antarabangsa dan berazam memecahkan stereotaip, gadis Melayu berdarah campuran Indonesia yang berasal dari Malaysia, Nurul Shamsul mempunyai keazaman yang kuat untuk memberi saingan dalam pertandingan Miss Universe New Zealand 2018.

Gadis itu yang dilahirkan di Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand melakar sejarah tersendiri selepas menjadi peserta berhijab pertama yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik tersebut.

Memetik mStar Online, beliau kini berada di Malaysia dalam rangka untuk mempromosikan pertandingan tersebut, yang dijangka diadakan pada 4 Ogos depan.

Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita tersebut, gadis berusia 20 tahun itu berkongsi serba sedikit mengenai latar belakangnya – ibunya berasal dari Jawa, Indonesia, sementara bapanya berasal dari Ipoh, Perak.

Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan kini menuntut di Universiti Waikato, New Zealand dalam bidang psikologi dengan pengkhususan dalam dasar sosial.

 

A month ago I was announced as a finalist for Miss Universe New Zealand. I remember the feelings I had before and after the announcement. I prayed that if this opportunity is good for me and my religion, then I wanted God to let it happen. If it wasn’t, then I wanted Him to turn me away from it. Now a couple weeks into the journey and I can tell you that it hasn’t always been easy. But in saying that, I’ve already grown so much as a person. Just never give up. It’s all about trusting that everything will be okay because He knows better. Alhamdulillah, I’m also super grateful for all the love and support so far. I hope that my intentions will always be kept pure and I will try my absolute best to fulfil them, insyaAllah. Also, don’t forget to vote for me, link is in bio. #missuniverse #missuniversenewzealand #roadtomissuniverse #journeytomissuniverse

A post shared by Nurul Shamsul (@nurulzbshamsul) on May 30, 2018 at 12:40pm PDT

Walaupun sibuk mempromosikan pertandingan tersebut, gadis cantik ini nyata tidak terlepas diajukan soalan mengenai jejaka idaman, dan Nurul mengakui hatinya lebih tertarik kepada jejaka Melayu.

Berkongsi lanjut, beliau menyifatkan ciri-ciri lelaki idamannya ada pada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Soal jodoh saya tak kisah dengan lelaki dari Malaysia atau New Zealand, tapi seeloknya biarlah lelaki Melayu. Yang penting, dia ada ciri-ciri idaman saya.

“Cukuplah jika lelaki itu bijak, menghormati, baik dan setia. Saya lihat Syed Saddiq seorang yang bijak dan saya sangat meminati beliau,” katanya memetik laporan portal tersebut, semalam.

Ibu Nurul, Ohan Anie Ediy, 43, juga senada dengan anak perempuannya itu dan lebih suka Nurul memilih jejaka tempatan sebagai suami kerana berpendapat lelaki Melayu lebih memahami.

Namun, menurut Ohan, dia tidak menolak sekiranya Nurul ditakdirkan berkahwin dengan lelaki berbangsa asing.

Foto: Instagram Nurul ShamsulFoto: Instagram Nurul Shamsul

Mengulas lanjut mengenai pertandingan tersebut, Nurul berkata imejnya sebagai wanita berhijab tidak memberi sebarang masalah kepadanya memandangkan beliau tidak perlu membuka hijab atau memakai pakaian renang.

“Ibu-bapa saya turut terkejut sewaktu dimaklumkan mengenai penyertaan saya. Mereka bimbang dengan persepsi orang ramai jika saya perlu membuka aurat.

“Walaupun bertudung, saya optimis dalam penyertaan ini dan sangat teruja untuk bertanding dengan peserta lain,” katanya, yang menjadikan pengacara popular Oprah Winfrey dan penyanyi Yuna sebagai inspirasi.

Jadi kepada penyokong-penyokong Nurul dan mereka yang mahu melihat anak Malaysia pertama merangkul gelaran Miss Universe New Zealand 2018, jom sokong dan undi gadis ini.

Undian boleh dibuat DI SINI dan bayaran sebanyak NZ$5 (RM13.72) dikenakan. Semoga berjaya Nurul!

- mD